|
|
|
Nama Lelaki
|
 |
|
|
|
| |
Selamat datang ke laman web NamaLelaki.com. Anda mungkin sedang mencari nama yang sesuai untuk cahaya mata anda yang bakal lahir atau pun kepada sahabat baik anda yang sedang menanti kelahiran anak mereka?
Adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.
|
|
|
| |
Menamakan Nama Bayi Lelaki |
|
| |
Di dalam Islam, kita dianjurkan supaya memilih nama-nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita. Ini kerana nama itu akanmenjadi pengenalan dan panggilan kepada anak kita seterusnya melambangkan dan membezakan antara kita dengan orang lain
lebih-lebih lagi antara Muslim dengan bukan Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
Sabda Rasulullah bermaksud: “Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud)
|
|